AMALAN MEMBACA AYAT KURSI SELEPAS SOLAT FARDHU
قال رسول الله صلي الله عليه وسلم
(من قرأ أية الكرسي دبر كل صلاة مكتوبة لم يمنعه دخول الجنة إلا أن يموت)
صحيح النسائي وابن حبان
Sabda Rasulullah صلي الله عليه وسلم:
"Sesiapa yang membaca Ayatul Kursi setiap kali selepas Solat Fardhu, tiada yang menghalangnya masuk Syurga kecuali matinya".
Keterang Hadis:
Hadis ini amat besar maknanya bagi umat Islam yang takut kepada api neraka. Ulamak-ulamak tafsir al-Hadis menerangkan bahawa amalan membaca Ayatul Kursi setiap kali selepas solat fardhu akan membawa pengamalnya memasuki syurga tanpa didahului oleh azab neraka. Sebahagian Ulamak Tafsir Al-Quran dan al-Hadis mensifatkan orang yang tidak pernah meninggalkan membaca ayatul Kursi selepas setiap solat fardhu dan berazam akan meneruskannya sehingga akhir hayatnya seperti "ahli syurga yang masih berjalan di atas muka bumi ini". Oleh itu, sebaik-baiknya kita pastikan bacaan kita betul dan memelihara hukum tajwid, seperti panjang bacaan madnya, dengungnya dan sebagainya untuk mendapatkan kelebihan seperti yang dijanjikan dalam hadis ini, sebaik-baiknya baca bacaan kita dihadapan ustaz atau ustazah yang arif dalam hukum tajwid untuk memastikan bacaan kita betul jika kita kurang arif dalam hukum-hukum tajwid.
"Sesiapa yang membaca Ayatul Kursi setiap kali selepas Solat Fardhu, tiada yang menghalangnya masuk Syurga kecuali matinya".
(Hadis Sahih Riwayat An-Nasai dan Sahih Ibnu Hibban)
Keterang Hadis:
Hadis ini amat besar maknanya bagi umat Islam yang takut kepada api neraka. Ulamak-ulamak tafsir al-Hadis menerangkan bahawa amalan membaca Ayatul Kursi setiap kali selepas solat fardhu akan membawa pengamalnya memasuki syurga tanpa didahului oleh azab neraka. Sebahagian Ulamak Tafsir Al-Quran dan al-Hadis mensifatkan orang yang tidak pernah meninggalkan membaca ayatul Kursi selepas setiap solat fardhu dan berazam akan meneruskannya sehingga akhir hayatnya seperti "ahli syurga yang masih berjalan di atas muka bumi ini". Oleh itu, sebaik-baiknya kita pastikan bacaan kita betul dan memelihara hukum tajwid, seperti panjang bacaan madnya, dengungnya dan sebagainya untuk mendapatkan kelebihan seperti yang dijanjikan dalam hadis ini, sebaik-baiknya baca bacaan kita dihadapan ustaz atau ustazah yang arif dalam hukum tajwid untuk memastikan bacaan kita betul jika kita kurang arif dalam hukum-hukum tajwid.
2. KELEBIHAN SURAH AL-MULK
Sesiapa yang mengekalkan bacaan surah al-Mulk setiap malam (jika kita tertinggal pada malamnya, gantikan bacaan tersebut pada siang harinya) Allah Azza wa Jalla akan menyelamatkannya daripada azab kubur. Sedangkan kubur adalah satu permulaan perjalanan ke alam akhirat, sesiapa yang selamat di alam kubur, insya Allah, akan selamatlah dalam perjalanan selepasnya. Surah al-Mulk akan menjadi pembela yang berbicara dihadapan Allah 'Aza wa Jalla ketika pengamalnya sedang dibicarakan di padang mahsyar nanti.
P/s: JIKA KITA DAPAT AMALKAN AMALAN MEMBACA AYAT KURSI SELEPAS SETIAP KALI SOLAT FARDHU DAN DAPAT KEKAL MEMBACA SURAH AL-MULK SETIAP MALAM, KEHIDUPAN SELEPAS KAMATIAN KITA, IN SHAA ALLAH, AKAN SELAMAT DAN AMAN.
3. AMALAN PENYEMBUH PENYAKIT DAN RAWATAN SIHIR
1.Baca 21 kali: بسم الله الرحمن الرحيم
2.Baca Al-Fatihah 7 kali
3.Baca Ayatul Kursi 7 kali
4.Baca akhir Ayat Kursi 170 kali (ولا يؤده حفظهما وهو العلى العظيم)
5.Baca Surah Yasin 1 kali
6.Baca Surah Al-Mulk 1 kali
7.Baca Surah Al-Jin 1 kali
8.Baca Surah Al-Kafirun 7 kali
9.Baca Surah Al-Ikhlas 7 kali
10.Baca Surah al-Falak 7 kali
11.Baca Surah An-Nas 7 kali
12.Selawat 10 kali
Boleh dibaca bila-bila masa, siang atau malam, tetapi sebaik-baiknya amalkan sebelum tidur, jika mampu amalkan setiap malam. Boleh juga semasa baca ayat-ayat di atas, letak air sebaldi untuk mandi (sebagai bilasan terakhir selepas mandi) setiap kali baca pada malam atau siang, juga sebotol untuk minum dan sapu ke muka dada dan belakang semasa gelisah, (air minum boleh dibuat setiap malam atau hari), jika sakit atau lenguh-lenguh ambil 1 sudu lada hitam (ditumbuk) dan 3 ulas bawang putih (ditumbuk juga) kemudian dicampur dengan 5 sudu minyak kelapa/masak (yang belum digunakan) untuk disapu pada tempat yang sakit, dada, belakang dan sendi-sendi semasa sakit atau semasa sesak untuk bernafas, dan semasa gelisah. Minyak boleh dibuat semula jika habis, sebaik-baiknya setiap kali baca ayat-ayat di atas letak minyak yang telah di baca berulang-ulang kali supaya bertambah-tambah berkat dan mujarabnya. Tawakkallah kepada Allah 'Azza wa Jalla.
4. AMALAN UNTUK MEMBUKA PINTU REZEKI
Amalkan selepas solat taubat dan solat Tahajjud, baca:-
YA ALLAH, SESUNGGUHNYA AKU MEMOHON DARIPADA KELEBIHAN (KURNIAAN) MU DAN RAHMATMU, MAKA SESUNGGUHNYA TIADA SESIAPA PUN YANG MEMILIKINYA KECUALI ENGKAU. |
YA ALLAH, SESUNGGUHNYA AKU MEMOHON DARIPADA KELEBIHAN (KURNIAAN) MU DAN RAHMATMU, MAKA SESUNGGUHNYA TIADA SESIAPA PUN YANG MEMILIKINYA KECUALI ENGKAU |
TIADA DAYA DAN TIADA UPAYA MELAINKAN DENGAN (PERTOLONGAN) ALLAH YANG MAHA TINGGI DAN MAHA SEMPURNA KEBESARANNYA. |
Sebanyak 70 kali juga. Insya Allah, masalah rezeki anda akan dapat diatasi dengan izin Allah.
5.KELEBIHAN MEMBACA SURAH AL-IKHLAS 10 KALI
MAKSUDNYA: SABDA RASULULLAH SALLALLAHU ALAIHI WA SALLAM; SESIAPA MEMBACA QUL HUWALLAHU AHAD (SURAH AL-IKHLAS) 10 KALI, ALLAH MEMBINA SEBUAH RUMAH BAGINYA DI SYURGA. HADIS SAHIH RIWAYAT IMAM AHMAD. |
Keterangan Hadis:
Kelebihan membaca surah al-Ikhlas amat banyak, seperti, pahalanya meyamai sepertiga al-Quran dan lain-lain lagi. Dalam hadis ini Rasulullah Sallallahu alahi wa sallam mengkhabarkan bahawa sesiapa membaca surah al-Ikhlas sebanyak 10 kali (berturut-turut), Allah Ta'ala akan membina baginya sebuah rumah (dalam satu riwayat lain disebut sebuah istana di syurga). Syurga seseorang tidak sama luasnya, dan yang paling kecil syurganya adalah seorang lelaki yang terakhir keluar dari neraka, dia mendapat syurga seluas 10 kali ganda keluasan bumi ini. Seorang sahabat Baginda Rasulullah Sallallahu alahi wa sallam berkata kepada Rasulullah Sallallahu alahi wa sallam, Ya Rasulullah, jika demikian orang akan membanyakkan rumah atau istananya di syurga (dengan membanyakkan amalan membaca surah al-Ikhlas sebanyak 10 kali ini), Rasulullah Sallallahu alahi wa sallam menjawab "sesungguhnya Allah itu lebih banyak (kurniaannya) dan lebih baik (iaitu Allah Maha Kaya dan Maha Pemurah dan mampu memberi lebih daripada itu tanpa menguragi sedikit pun kekayaan Allah). Jadi sesiapa yang inginkan syurga yang lebih luas dan lebih banyak rumah atau istananya di syurga banyakkanlah amalan membaca surah al-Ikhlas 10 sebanyak-banyaknya.
KELEBIHAN RAMADHAN
Sabda Nabi Muhammad Sollallahu
‘alaihi wa aalihi wa sahbihi wasallam:
«إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ
فُتِحَتْ أَبْوَابُ الجَنَّةِ» رواه
البخاري
Maksudnya: “Apabila tiba Ramadhan dibuka pintu-pintu syurga”
«إِذَا كَانَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الرَّحْمَةِ،
وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ جَهَنَّمَ، وَسُلْسِلَتِ الشَّيَاطِينُ» رواه
مسلم
Maksudnya: “Apabila tiba Ramadhan dibuka pintu-pintu rahmat,
dan dikunci pintu-pintu neraka jahannam, dan rantai syaitan-syaitan”
PANDUAN RINGKAS IBADAT PUASA RAMADHAN
NIAT PUASA
Tidak
perlu berniat dalam bahasa Arab, cukup dalam bahasa Melayu atau bahasa
sendiri sahaja, tetapi ia baik jika diamalkan dengan niat kerana kita
cinta kepada bahasa Arab sebagai bahasa Nabi Muhammad s.a.w. dan bahasa
al-Quran.
Lafaz Niat Pada Tiap-tiap Malam:
Memadai Niat:
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa esok kerana Allah Taala.
Lafaznya Lengkap:
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ شَهْرِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari bagi menunaikan puasa fardhu bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
*(Sebenarnya,
bangun bersahur itu sudah dikira berniat untuk berpuasa, kerana
seseorang itu tidak bersahur melainkan bertujuan kerana hendak berpuasa)
Lafaz Niat Puasa Ramadhan Untuk Sebulan:
Digalakkan
berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama
Ramadhan bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa
berniat pada tiap-tiap malamnya. Para ulamak menggalakkan kita mengikut
fatwa Imam Malik yang membolehkan berniat untuk sebulan sekali gus.
Lafaznya:
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ كُلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku berpuasa bulan Ramadhan tahun ini keseluruhannya kerana Allah Taala.
•
Namun begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab,
seperti haidh, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak
lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi, hendaklah
diperbaharui niat, iaitu apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang
daripada puasa berturut-turut tersebut. Maksudnya, dengan sekali niat
lagi bagi semua hari-hari puasa Ramadhan yang berbaki, iaitu lafaz
niatnya:
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ وَ إِلَى ءَاخِرِ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku berpuasa esok dan sehingga akhir Ramadhan ini kerana Allah Ta’ala.
Waktu Berniat
Waktu
berniat bermula daripada terbenam matahari, iaitu masuk waktu
sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (masuk
waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana
bahagian daripada waktu tersebut, boleh juga semasa berbuka.
DOA WAKTU BERBUKA PUASA
اللَّهُمَّ لَكَ صُمْتُ وَبِكَ ءَامَنْتُ وَعَلَى رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ فَتَقَبَّلْ مِنّى بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّحِمِيْنَ
Maksudnya:
Ya Allah, keranaMu aku berpuasa, dan denganMu aku beriman, dan dengan
rezekiMu aku berbuka, dengan rahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pengasih di
antara yang mengasihani.
Jika Dibaca Untuk Ramai/ Keluarga:
اللَّهُمَّ
لَكَ صُمْنَا وَبِكَ ءَامَنْنَا وَعَلَى رِزْقِكَ أَفْطَرْنَا فَتَقَبَّلْ
مِنَّا بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّحِمِيْنَ
Maksudnya:
Ya Allah, keranaMu kami berpuasa, dan denganMu kami beriman, dan dengan
rezekiMu kami berbuka, dengan rahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pengasih
di antara yang mengasihani.
SUNAT KETIKA BERPUASA
1) Banyakkan membaca Al-Quran,
2) Bertadarus,
3) Banyakkan bersedekah,
4) Lewatkan makan sahur,
5) Dan lain-lain kebajikan.
SUNAT KETIKA BERBUKA
1) Mulakan dengan makanan yang manis (sebaik-baiknya buah kurma), jika tiada, mulakan berbuka dengan air kosong.
2) Segerakan berbuka,
3) Membaca doa berbuka puasa.
4)
Memberi makan orang berbuka puasa. Sesiapa yang memberi makan orang
yang berpuasa untuk bebrbuka, pahalanya sama dengan pahala setiap orang
yang berpuasa itu dengan tidak dikurangkan sedikit pun.
KELEBIHAN PUASA DI BULAN RAMADAN
Pahala
puasa Ramadhan amat besar. Orang yang meninggalkan puasa dengan
sengaja, bukan saja telah melakukan satu dosa besar, bahkan dia
mengalami satu kerugian yang amat besar, satu hari puasa yang
ditinggalkan tersebut tidak boleh ditebus dengan apa jua cara, tidak
boleh ditukar ganti, sekalipun orang yang meninggalkannya berpuasa
seumur hidupnya. Ini jelas sebagaimana sabda Nabi Muhammad Shallallahu
‘alaihi wasallam:
Maksudnya:
“Sesiapa
berbuka satu hari pada bulan Ramadhan tanpa ada rukhshah (keringanan
yang dibenarkan oleh hukum syarak) dan tidak juga kerana sakit, dia
tidak akan dapat menggantikan puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun
dia berpuasa seumur hidupnya.” (Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud,
Nasa’i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah).
PANDUAN MENCARI LAILATUL QADAR
1.
Lailatul Qadar atau Malam Qadar ialah satu malam dalam bulan Ramadhan
yang lebih baik daripada 1,000 bulan. Sesiapa yang beramal pada malam
tersebut sama seperti beramal selama 1,000 bulan, iaitu bersamaan 83
tahun 4 bulan, jika mendapatnya selama 10 tahun bersamaan beribadat
lebih 833 tahun, jika mendapatnya selama 20 tahun bersamaan lebih 1,666
tahun, jika mendapatnya selama 30 tahun mendapatnya bersamaan 2,500
tahun, berbahagialah orang yang tidak pernah meninggalkan solat Isyak
berjamaah dan solat Tarawih kerana orang yang solat Isyak berjamaah dan
solat Tarawih termasuk dari kalangan orang mendapat Lailatul Qadar, dan
Rasullah s.a.w. mengatakan sesiapa yang tidak mendapatnya dia adalah
tergolong daripada orang yang amat rugi.
2.
Sejarah Malam Qadar adalah apabila sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w.
mengkagumi ibadah seorang umat Bani Israil yang beribadah selama 1,000
bulan, dengan beribadah pada malam hari dan berjihad pada siangnya, lalu
Allah ‘Azza wa Jalla menurunkan surah al-Qadar yang menyatakan malam
Qadar baik daripada 1,000 bulan. Ia adalah kurniaan Allah Ta’ala kepada
Umat Nabi Muhammad s.a.w.
BILAKAH LAILATUL QADAR?
1.
Lailatul Qadar satu malam dalam bulan Ramadhan yang tidak diketahui
dengan tepat tarikhnya. Ia lebih diharapkan untuk mendapatkannya pada 10
malam yang terakhir Ramadhan, terutama malam-malam yang ganjil daripada
10 hari terakhir Ramadhan tersebut. Waktunya dikira apabila masuk waktu
Maghrib sehingga terbit fajar. Pada malam al-Quran diturunkan, malam
Qadar berlaku pada 17 Ramadhan.
2.
Satu kaedah mengetahuinya, kata Imam Ghazali, kebiasaannya, jika awal
Ramadhan jatuh pada hari Ahad dan Rabu maka Lailatul Qadar malam ke 29,
jika hari Isnin maka Lailatul Qadar malam ke 21, dan jika hari Jumaat
dan Selasa, maka Lailatul Qadar malam ke 27, jika hari Khamis maka
Lailatul Qadar malam ke 25, jika hari Sabtu maka Lailatul Qadar malam ke
23. Tetapi kaedah ini bukanlah sesuatu yang muktamad, mungkin ia
bertepatan dengannya dan mungkin juga tidak, mungkin juga ia berlaku
pada malam yang genap, kerana bagi negara kita ia malam yang genap
tetapi bagi negara yang puasa lewat atau awal satu hari, ia adalah malam
yang ganjil, jadi carilah dengan tekun pada 10 malam yang terakhir
tesebut.
SIAPAKAH YANG MENDAPAT LAILATUL QADAR?
1.
Orang yang pasti mendapat sebahagian Lailatul Qadar ialah orang yang
solat Fardhu Maghrib dan Isyak secara berjamaah sepanjang bulan
Ramadhan, dan dia tidur dengan azam yang kuat untuk solat Subuh
berjemaah. Sabda Rasulullah s.a.w. “Sesiapa yang sholat ‘Isya`
berjemaah, maka seolah-olah dia telah berqiyamulail separuh malam; Dan
sesiapa yang sholat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah bersolat
sepanjang malam.” (Hadis Sahih Riwayat Imam Tarmizi, Ibnu Majah dan Nasai)
2.
Solat tarawih adalah termasuk solat malam kerana ia dilakukan selepas
solat Isyak, orang yang solat tarawih dikira solat sunat pada malam
Lailatul Qadar, oleh itu tambahkanlah lagi bilangan rakaatnya pada 10
malam terakhir Ramadhan.
APAKAH DOA DAN AMALAN LAILATUL QADAR?
1. Bagi orang yang mendapat Lailatu Qadar ucapkanlah:
اَللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيْمٌ، تُحِبُّ الْعَفْوَ، وَاعْفُ عَنّى وَعَنْ وَالِدَىَّ
“Ya
Allah, sesungguhnya Engkau adalah Maha Pemberi Kemaafan (Maha
Pengampun), Suka memberi kemaafan (keampunan), maka maafkanlah
(ampunkanlah) aku dan kedua ibu bapaku.”
2.
Banyakkan solat, membaca al-Quran, doa dan zikir. Berdoalah juga dengan
lain-lain doa dalam bahasa kita untuk lain-lain kebaikan dunia dan
akhirat, janganlah berdoa sesuatu yang buruk.
3.
Bacalah walaupun 1 ayat al-Quran sebelum tidur, kerana jika berbetulan
dengan malam Qadar pahalanya lebih baik daripada sekali khatam al-Quran
pada malam-malam lain. (sebaik-baiknya bacalah 3 kali Surah Al-Ikhlas,
iaitu Qul Huwallahu Ahad)
4. Bagi perempuan yang haidh atau nifas, ucapkan:
سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، وَلا إِلَهَ إلا اللهُ، وَاللهُ أَكْبَرُ
CUACA PADA MALAM LAILATUL QADAR
1.
Cuaca malam Qadar sangat tenang dan tenteram, malaikat turun
berduyun-duyun sehingga melebih jumlah batu-batu kerikil di muka bumi
ini, mereka memberi salam dan aminkan doa mereka yang sedang beribadah,
samada solat, berdoa atau berzikir (perempuan yang sedang uzur, haidh
atau nifas, juga boleh berdoa dan berzikir walaupun tidak boleh solat).
2.
Diriwayatkan dalam satu hadis, pernah berlaku malam Qadar pada malam
yang hujan. Oleh itu jangan abaikan malam yang hujan kerana menyangka ia
bukan malam Qadar. Hujan adalah rahmat dari Allah Ta’ala.
CERITA GANJIL YANG BERLAKU PADA MALAM LAILATUL QADAR
Terdapat
berbagai cerita mengenai tanda-tanda malam Lailatul Qadar iaitu dapat
disaksikan kejadian yang ganjil-ganjil seperti air membeku, air berhenti
mengalir, pohon kayu tunduk rukuk dan sujud ke bumi dan sebagainya.
Sebenarnya, semuanya ini adalah pengalaman peribadi yang terjadi khusus
kepada orang-orang tertentu sahaja, ia tidak disebut dalam al-Quran dan
Al-Hadis, jadi ia
bukan menjadi pertanda ia malam Lailatul Qadar bagi orang awam menurut
ilmu agama.
Lailatul Qadar tetap berlaku tanpa tanda-tanda tersebut dan kelebihan
yang dijanjikan oleh Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang ini tetap
diperolehi oleh orang-orang yang beramal dengan amalan-amalan kebajikan
pada malam tersebut.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.